Ikatan hubungan ukhwah kerana Allah
ISLAM meletakkan ikatan hubungan ukhwah yang terjalin diantara manusia bukan hanya dihubungkan oleh ikatan sesama nasab atau kemanusiaan semata-mata tetapi lebih jauh dari itu iaitu hubungan yang berlandaskan ikatan Islamiah. Dalam erti kata lain ukhwah yang terjalin adalah bermatlamatkan kerana Allah SWT. Justeru, setiap hubungan yang berlaku, kasih sayang yang terjalin dan ikatan yang dibina adalah kerana Allah SWT. Menerusi Rancangan Islam Itu Indah yang bersiaran di radio IKIMfm pada hari Rabu, Ustaz Hj Firdaus Hj Subhi berkata dalam hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud “Terdapat tiga perkara yang barangsiapa mendapati tiga perkara ini dalam dirinya, maka dia akan dapat merasa kemanisan iman (halawatul iman). Pertama, menjadikan Allah dan Rasul paling disayangi dan dicintai berbanding dari keduanya. Kedua, menyayangi seseorang manusia kerana Allah SWT dan ketiga, membenci kekufuran sebagaimana membenci dirinya jika dimasukkan di dalam neraka” (HR Bukha...